Sharnaaz Ahmad berkongsi berita sedih mengenai pemergian bapanya, Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad, yang meninggal dunia pada jam 1.40 pagi tadi.
“Hero saya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
“Dia tidak pernah menyerah untuk bertarung, tetapi jantungnya berhenti berdetak.
“Dia akan selamanya menjadi pahlawan dan juaraku. Aku mencintaimu, papa. Al-Fatihah, papa,” katanya.
Dalam pada itu, Sharnaaz menyifatkan arwah ayahnya itu adalah seorang bapa yang hebat dan memberikan inspirasi terbesar dalam hidupnya.
“Terima kasih kerana menjadi bapa yang hebat untuk kami semua. Saya hanya setengah kuat dan setengah baik seperti papa.
“Sekarang ajarkan saya untuk menjadi sehebat papa dari syurga,” luahnya.
Sumber: Kosmo