Astro Radio berterima kasih kepada semua pendengar di Malaysia atas sokongan mereka di tahun 2023 terhadap jenama-jenama radio di bawah naungan Astro Radio, merentasi bahasa dengan menjalankan kempen terbaharunya “Ini Radio Anda” (This Is Your Radio).

Menurut Kajian Radio Audience Measurement (RAM) Wave 2, 2023, Astro Radio kekal sebagai jenama radio tempatan No. 1 dengan kira-kira 16.0 juta pendengar mingguan.
Memperkukuh kepimpinan Astro Radio sebagai pengendali radio dengan jumlah pendengar tertinggi di Malaysia dengan 18.7 juta purata aliran radio digital, 32.1 juta pengikut media sosial, 334.6 juta tontonan video, dan 334.8 juta purata tayangan siaran Facebook bulanan.
Bukan itu sahaja, Astro Radio berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu selama 8 tahun (GfK Research dari 2016 sehingga kini) merentasi semua bahasa: ERA, No. 1 jenama Melayu; Hitz FM, no. 1 jenama Inggeris; MY, No. 1 jenama Cina; dan RAAGA, No. 1 jenama Tamil. Jenama Melayu Astro Radio merekodkan 5.44 juta pendengar, jenama Inggeris mencapai 2.53 juta pendengar, manakala jenama Cina memperoleh 2.39 juta pendengar dan jenama radio Tamil mencapai 1.6 juta pendengar.
Astro Radio berharap dapat memberikan pengalaman di sepanjang kempen ini, yang bermula pada bulan Disember. Keempat-empat jenama ERA, Hitz FM, MY, dan RAAGA akan menjalankan aktiviti dan peraduan selama sebulan yang melibatkan peminat di udara, termasuk:
Hitz FM
Menangi sebahagian RM10,000 hanya dengan menjadi peminat #1! Jadi pemanggil pertama selepas isyarat ke udara, jawab soalan tentang HITZ dan menangi hadiah wang tunai yang ditawarkan!
- HITZ All I Want For Christmas Is…
Menangi hadiah Hitz FM Christmas Tree! Jadilah pemanggil pertama selepas isyarat ke udara, pilih 2 hadiah yang ditawarkan dan salah satu bakal menjadi milik pemenang ! Hadiah termasuk Nintendo Switch, PS5, iPhone, AirPods, baucar JD Sports dan banyak lagi.
ERA
Tebus RM100 dengan ERA! Daftar di laman web ERA dengan memasukkan slogan terbaik anda. Pendengar bertuah akan menerima panggilan daripada ERA dan peminat hanya perlu menyebut; “ERA NO 1”.
Mulai 1 Januari 2024, ERA hanya akan memainkan lagu-lagu yang telah berjaya mencapai No. 1 dalam Carta ERA
MY
- MY Plays the Number 1 Hits
MY akan memainkan lagu No.1 termasuk lagu dalam bahasa Cina, Korea dan Inggeris untuk peminat dan pendengar.
- Christmas Gifts Exchange with MY Announcers
Personaliti MY mempelawa peminat untuk menonton FB Live serta menjemput peminat bertuah untuk bertukar Hadiah Krismas dengan mereka. Peminat bertuah untuk memenangi iPhone 15 Pro Max.
- Join MY Announcer to On-Air
Pendengar muda MY boleh menikmati pengalaman eksklusif dengan menyertai personaliti MY ke udara selama dua jam.
RAAGA
- RAAGA Thank you Campaign!
Jadi pemanggil pertama dan kongsikan bersama personaliti RAAGA "Mengapa anda suka mendengar RAAGA" dan jawab soalan mudah tentang RAAGA. Peminat berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM200!
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi dan ikuti jenama radio di platform media sosial.