Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam meninggal dunia, di usia 86 tahun hari ini.
Berita ini telah disahkan syarikat pegangan pelaburan itu dalam satu kenyataan.
"Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan berita mengenai pemergian Pengerusi kami (Usaha Tegas Sdn Bhd ), Ananda Krishnan Tatparanandam.
"Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2024."
Dalam kenyataan yang sama, sumbangan mendiang dalam pembangunan negara dan dunia korporat sepanjang hayat amat besar.
"Sifat filantropinya juga memberi kesan serta kenangan yang kepada semua menjadikan beliau sebagai seorang tokoh yang disegani dan dihormati," tulis kenyataan itu lagi yang turut meminta agar orang ramai menghormati privasi keluarga mendiang dalam tempoh berkabung ketika ini.
Ananda Krishnan merupakan pengasas syarikat pengendali mudah alih kedua terbesar di Malaysia, Maxis Berhad, serta syarikat penyiaran dan media Astro Malaysia Holdings Bhd.
Beliau juga memiliki pegangan besar dalam syarikat penyedia perkhidmatan lapangan minyak, Bumi Armada Bhd, melalui Objektif Bersatu Sdn Bhd.
Sumber: Awani