Amaran Ribut Petir Di Kedah, Perlis Hari Ini

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir di Kedah dan Perlis. 

Menurut MetMalaysia, jangkaan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlarutan sehingga tengah hari nanti bagi dua negeri terlibat.

“Hujan lebat kini tertumpu di seluruh negeri Perlis.

“Keadaan sama turut berlaku sekitar Langkawi, Kedah,” lapor MetMalaysia di Facebook.

 

Sumber: Kosmo