
Korang mesti kenal kan penyanyi terkenal Indonesia yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Agnes Monica.
Baru-baru ni, penyanyi tu dikecam hebat selepas dia menyatakan bahawa dia hanya dilahirkan di Indonesia dan tiada darah negara itu. Malah dia juga menyatakan bahawa dia mempunyai kacukan Jerman, Jepun dan China.
Agnes menyatakan perkara itu di dalam satu temu bual bersama Kevan Kenney dalam program Build Series.
"Saya tiada darah dan hanya dilahirkan di Indonesia. Saya sebenarnya kacukan Jerman, Jepun dan China. Saya juga orang Kristian yang mana majoriti penduduk di Indonesia adalah orang Islam.
"Jadi, saya rasa saya bukan orang Indonesia dan mereka hanya menerima kehadiran saya di sana," katanya dalam program itu yang pada mulanya untuk memperkatakan tentang single berjudul Diamonds yang menampilkan rapper, French Montana.
Pengacara Kenny menyifatkan Agnez sebagai seorang yang perspektif unik. Temu bual itu dimuat naik di Youtube pada hari Jumaat lepas dan menjadi tular di twitter baru-baru ini.
Kebanyakan pengguna media sosial menyifatkan penyanyi berusia 33 tahun itu sebagai lupa diri da nasal usulnya.
Sumber: Sinar Harian