3 Watak Popular Ini Direka Berdasarkan Manusia Sebenar

Watak-watak dalam filem merupakan satu ciptaan kreatif para pencipta atau penulis. Tapi dari mana datangnya inspirasi untuk mencipta satu watak yang unik dan akan dikenali malah digemari ramai.

Sebenarnya, watak-watak popular ini direka berdasarkan manusia sebenar yang telah memberikan inspirasi kepada penulis-penulis komik ataupun novel yang kemudiannya dijadikan filem. 

1.    Arleen Sorkin - Harley Quinn (DC Comics)

3 watak popular ini direka berdasarkan manusia sebenar

Supervillain wanita yang digemari ramai, Harley Quinn dari DC Comics adalah watak yang direka berdasarkan pelakon Arleen Sorkin yang merupakan seorang pelakon pada era 80-an. Penulis kartun Batman, Paul Dini menggunakan Arleen Sorkin yang sebenarnya kawannya dari kolej sebagai inspirasi untuk mencipta watak villain wanita yang akan menjadi kekasih Joker dalam cerita tersebut. Arleen juga menyumbangkan suaranya untuk watak Harley Quinn ini untuk bebrapa kartun Batman dan video games Batman. Watak Harley Quinn dipopularkan oleh Margot Robbie dalam filem Suicide Squad.

2.    Conrad Veidt – Joker (DC Comics)

3 watak popular ini direka berdasarkan manusia sebenar

Kalau tadi tentang Harley Quinn, ini pula tentang Joker. Salah satu supervillain yang paling digemari oleh orang ramai adalah Joker yang diinspirasikan oleh pelakon German yang bernama Conrad Veit. Lakonannya dalam filem The Man Who Laughs pada tahun 1928 menjadi inspirasi kepada penulis Batman untuk mencipta watak Joker.

3.    Sydney Greenstreet – Jabba the Hutt (Star Wars)

3 watak popular ini direka berdasarkan manusia sebenar
Filem Star Wars adalah satu fenomena yang telah menakluki hati peminat mereka. Watak Jabba the Hutt ditulis berdasarkan pelakon filem dan teater dari Britain pada tahun 1940-an. Sydney yang sentiasa mengalami masalah berat badan menjadi inspirasi utama pencipta Star Wars untuk watak Jabba the Hutt.

Sumber: iluminasi.com