Ke Arah Pelajar Celik Teknologi, 100 Guru Terpilih Jalani Latihan Guru TM Future Skills

Yayasan TM (YTM) dengan bangga mengumumkan Majlis Perasmian dan Latihan Guru-Guru Sekolah di Negeri Pantai Timur, Program Pensijilan TM Future Skills 2023 yang bertujuan untuk membuka peluang pembelajaran inovatif dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) di sekolah-sekolah Pantai Timur.

ke arah pelajar celik teknologi, 100 guru terpilih jalani latihan guru tm future skills

Program ini bertujuan untuk menambahbaik landskap pembelajaran di sekolah-sekolah dengan menawarkan program berorientasikan STEM yang merangkumi pelbagai inovatif, termasuk robotik, pemodelan 3D, coding & programming, dan analitik data besar.

 

Program ini direka untuk mempersiapkan pelajar untuk menghadapi era digital yang semakin berkembang.

ke arah pelajar celik teknologi, 100 guru terpilih jalani latihan guru tm future skills

Selaras dengan pengumuman Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) baru-baru ini berkenaan kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merangkumi bidang teknologi digital bakal diperkenalkan bagi menyediakan pelajar untuk menguasai Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

 

Menurut Kajian Separuh Penggal RMK12 yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi baru-baru ini, usaha itu akan dilaksanakan bagi meningkatkan enrolmen murid dalam STEM bagi menambah baik bidang itu. Selain itu, kaedah latihan dan pengajaran guru dalam kemahiran pemikiran kritis, pembelajaran kreatif dan penyelesaian masalah akan dipertingkatkan lagi bagi membangunkan kemahiran murid untuk masa hadapan.

 

Hari ini turut diadakan sesi Latihan Guru TM Future Skills kepada 100 guru terpilih sebagai langkah permulaan dan pemahaman awal kepada guru sebelum pengajaran dilakukan kepada pelajar sekolah yang disasarkan penyertaan sebanyak 5,000 orang. Sasaran program pensijilan ini adalah untuk keluarga kategori B40 di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

ke arah pelajar celik teknologi, 100 guru terpilih jalani latihan guru tm future skills

Tiga modul utama diperkenalkan menerusi Program Pensijilan TM Future Skills 2023 iaitu; Coding, 3Ducation dan Nanomarker kit. Tiga modul ini akan membantu memperkukuhkan kemahiran pelajar dari sudut pengaturcaraan, robotik, rekaan 3D dan analisis data. Creative Minds selaku rakan strategik utama dalam inisiatif ini, akan turut serta dalam memberikan kepakaran mereka dalam pembangunan program STEM yang lebih berkualiti.