Festival Jual Barang Bekas Kekasih Curi Tumpuan Ramai

Pernahkah anda menerima barangan pemberian bekas kekasih, namun tidak mahukannya lagi? Jangan buang kerana anda boleh dapatkan wang daripada barangan itu.

 

Di Surabaya, Indonesia terdapat satu festival anjuran organisasi belia disana yang membolehkan orang ramai menjual semula barangan yang diberi bekas kekasih masing-masing.

festival jual barang bekas kekasih curi tumpuan ramai

Dikenali sebagai Festival Mantan, Better Youth Foundation menganjurkan festival berkenaan bagi membantu mereka yang pernah putus cinta untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dan tidak perlu mengenangkan memori yang pahit.

festival jual barang bekas kekasih curi tumpuan ramai

“Daripada kita buang, baik kita jual, kenangan pahit hilang, duit pun dapat.

“Terdapat barang yang dijual masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan, maka lebih baik kita jual kepada pihak yang memerlukan,” katanya.

festival jual barang bekas kekasih curi tumpuan ramai

festival jual barang bekas kekasih curi tumpuan ramai

Menurut penganjur, setiap barang yang dipamerkan dalam festival itu dilengkapi dengan keterangan serta bukti pemberian dari bekas kekasih.

festival jual barang bekas kekasih curi tumpuan ramai

Ia termasuklah kisah bagaimana pasangan itu putus, yang membuatkan ramai pengunjung tertarik dengan festival berkenaan.

festival jual barang bekas kekasih curi tumpuan ramai

Tahun ini adalah kali ketiga ia diadakan sejak penganjurannya pada tahun 2018 dan 2018.

 

Sumber: Utusan / Festival Melupakan Mantan