Pelakon terkenal Naim Daniel menyahut cabaran membawa dua watak berbeza dalam satu drama siri terbaharu, Astro Originals I.D.
Menurutnya, ini adalah satu cabaran yang sukar baginya sepanjang bergelar anak seni di dalam bidang lakonan.
“Sebelum ini saya dapat watak-watak sampingan awam, tapi untuk kali ini saya dapat memegang watak utama dan karakter yang akan dipersembahkan juga ada dua karakter yang berbeza jadi ia merupakan satu benda yang agak mencabar.
“Jadi untuk I.D ini, ini kali pertama saya membawa watak yang agak matang.
“Sebab sebelum ini di Projek High Council saya rasa watak itu benda yang seronok untuk saya buat, jadi untuk kali ini ia lebih memberi pengalaman kepada saya sepanjang perjalanan saya sebagai seorang anak seni.
“Sebab sewaktu saya belajar mendalami karakter itu, karakter tersebut mengajar saya balik tentang bagaimana saya melihat dunia jadi ia mematangkan saya juga,” katanya.
Sumber: Awani