[Video] Api Merebak Dari Bawah Laut Punca Kebakaran Di Teluk Mexico

Satu kebakaran besar dilapor berlaku di perairan Teluk Mexico dekat Semenanjung Yucata yang mana api dilihat merebak dari bawah ke permukaan laut.

[video] api merebak dari bawah laut punca kebakaran di teluk mexico

Kebakaran berpunca selepas saluran paip gas bawah laut bocor yang menyebabkan api merebak ke permukaan, membentuk ‘mata api’ yang digelar pengguna media sosial dek kerana apinya berbentuk bulat.

[video] api merebak dari bawah laut punca kebakaran di teluk mexico

Insiden berlaku beberapa meter dari pelantar minyak syarikat milik kerajaan Mexico, Pemex yang mana mereka mengesahkan saluran paip bawah laut milik mereka pecah.

 

Api bermula dari saluran paip yang menghubungkan pelantar mintak ke luar pesisir utama Pemex yang terletak di Teluk Mexico. Ia menyebabkan api marak pada jarak 150 meter dari pelantar, sekaligus memaksa Pemex menutup injap saluran paip mereka.

Ekoran insiden itu, beberapa bot pemadam api dihantar ke lokasi untuk memadamkan kebakaran dari bawah laut dengan menggunakan nitrogen.

 

Kebakaran dapat dikawal kira-kira lima jam kemudian sebelum operasi kembali normal.

 

Sumber: Kosmo!