Ini Maksud Kuarantin Yang Semua Orang Perlu Tahu Dan Faham

ini maksud kuarantin yang semua orang perlu tahu dan faham

Perkataan kuarantin atau dalam bahasa inggerisnya quarantine telah diasaskan daripada perkataan Itali iaitu quarantan giorni yang bermaksud 40 hari. Amalan kuarantine ini bermula pada kurun ke 14 bertujuan sebagai usaha melindungi bandar-bandar pesisiran pantai daripada wabak epidemics

Kapal-kapal di Venice yang tiba dari pelabuhan yang terkena sebarang penyakit harus melabuhkan sauh selama 40 hari sebelum dibenarkan berlabuh.

Kuarantin ni juga bukan hanya untuk orang sakit je. Untuk orang tak sakit pun kena kuarantin. Kadang-kadang kita rasa diri kita sihat, tapi kita tak tahu sebenarnya kitalah pembawa dan penyebar virus tersebut. Sebab itu juga, semua traveller yang nampak sihat harus dikuarantin sepulangnya mereka daripada negara yang berisiko dengan penyakit berjangkit.

Sebab itu lah, Perdana Menteri merayu berkali-kali di dalam sidang media agar seluruh rakyat Malaysia terus duduk di rumah selama 14 hari. Jangan pergi ke mana-mana tempat jika tidak mempunyai sebarang urusan. Benda ni boleh je settle kalau semua orang bertanggungjawab dan tidak pentingkan diri sendiri.

Jom kita lawan COVID-19 dan terus berada di rumah!

Sumber: Live Science  centres for disease control and prevention