Tengok-Sini 16 Feb 2024

Amir Masdi | Confession Bilik Gelap S4EP01

Membuka tirai Confession Bilik Gelap Musim Keempat ini ialah penyanyi terkenal Amir Masdi. Menerusi episod ini, Amir, 28, atau nama sebenar Amir Syazwan Masdi membongkar kisah duka dilalui apabila pernah tidak mendapat bayaran selepas membuat persembahan. Malah, Amir juga pernah tidak mempunyai sebarang pendapatan sehingga terpaksa menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan ibu bapa. Ketika itu Amir mengambil keputusan untuk tidur di studio rakaman seolah-olah dia sedang sibuk bekerja. Pada hakikatnya, dia tidak mahu merisaukan keluarga. Banyak lagi perkongsian suka, duka, tawa dan hiba yang diluahkan secara jujur dalam episod ini.