Tengok-Sini 04 Dec 2021

SYOK You Tahu Tak?: Cabaran Getir Seorang Jurugambar Sukan

Bergelar seorang jurugambar sukan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap momen itu harus dirakamkan dengan tangkas sepantas saat! Bersempena kemenangan KL City FC dalam Piala Malaysia edisi ke-100 pada 30 November lalu, episod terbaru ‘SYOK: You Tahu Tak?’ membawakan Muhammad Syafiq selaku pegawai media dan jurugambar kelab bola sepak terbabit untuk berkongsi pengalamannya merakamkan momen bersejarah malam itu selain perjalanannya sebagai seorang jurugambar sukan.