Tengok-Sini 10 Nov 2021

SYOK Altruis: Oh! Lelaki - Kesedaran Gangguan Kesihatan Mental (Bersama Shahril Zainal)

Di sebalik perwatakan mereka yang sering kali kelihatan kuat, ternyata dalam diam, golongan lelaki juga mempunyai hari yang mana mereka bergelut dengan kesihatan mental masing-masing. Dengarkan perspektif umum seorang lelaki mengenai kesedaran gangguan kesihatan mental dalam kalangan golongan tersebut dalam episod terbaru SYOK Altruis: Oh! Lelaki kali ini bersama Shahril Zainal, Sukarelawan Persatuan Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA).