Tengok-Sini 20 Feb 2021

SYOK Siapa Kata Tak Boleh Buat - Kavie, Graduan Engineering Penjual Teh Masala

SYOK Siapa Kata Tak Boleh buat kali ni kita bersama seorang graduan kursus kejuruteraan, Kavievanan Subramaniam yang kini menjalankan perniagaan menjual air teh masala dari basikal miliknya. Disebabkan pandemik #COVID19, banyak syarikat tidak mengambil pekerja baru, jadi Kavie nekad untuk keluar dan buat sesuatu yang tidak ramai boleh buat. Kalau Kavie boleh buat, jadi Siapa Kata Tak Boleh Buat?