Dalam episod Serious Lah? kali ini, kami bawakan pemenang Dewi Remaja 2025, Nylea, yang berkongsi perjalanan penuh cabaran sepanjang pertandingan sehingga berjaya meraih kemenangan. Nylea turut bercerita tentang ikatan persahabatan yang terjalin bersama peserta lain, bagaimana dia membina keyakinan diri, serta betapa pentingnya pendidikan sebagai asas kukuh buat anak muda dalam mengejar impian.