Episod kali ini, Serious Lah borak santai dari seat belakang kereta Perodua Aruz pasal topik hangat iaitu siapa sebenarnya lagi banyak effort dalam relationship, lelaki atau perempuan? Dari isu ego, setia sampai bab kewangan lepas kahwin, masing-masing share pengalaman dan pandangan sendiri. Ada yang kata lelaki selalu buat hal, ada juga yang rasa semua bergantung pada individu. Tapi bila masuk bab gaduh, siapa patut pujuk dulu? Jom dengar sampai habis sebab jawapan dorang memang tak disangka!
Podcast ini dibawakan oleh Perodua.