Mohsein Kush tampil dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi secara lebih mendalam tentang perjalanan kariernya, daripada langkah awal dalam dunia muzik sehingga menghasilkan P. Ramlee & Saloma dari Alpha, yang kini mencatat lebih 15 juta streams di Spotify, serta lagu “Pesan Terakhir” yang semakin meningkat naik. Beliau berkongsi cabaran, proses kreatif di sebalik penciptaan lagu, serta bagaimana emosi dan pengalaman peribadi membentuk karya yang meninggalkan kesan dalam industri muzik.