Pelakon berbakat, Shaza Bae tampil dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan seninya yang bermula sebagai juara Dewi Remaja.
Shaza membuka cerita tentang cabaran membawa gelaran Dewi Remaja selama 6 tahun — satu tempoh yang bukan mudah, apatah lagi apabila dia memilih untuk kekal dengan prinsip sendiri dalam industri yang penuh godaan kontroversi.