Tengok-Sini 18 Jul 2025

"Kehidupan Ini Bukan Mengenai Saya Sahaja..." - Diana Danielle | Confession Bilik Gelap S5EP32

Dalam episod terbaharu Confession Bilik Gelap, pelakon dan usahawan seni Diana Danielle tampil membuka sisi hidup yang jarang dikongsi kepada umum. Di sebalik glamor dan populariti sejak usia remaja, Diana sebenarnya telah melalui pelbagai fasa kejatuhan dari tekanan industri hiburan, cabaran dalam kehidupan peribadi, hinggalah perjuangan mencari semula kekuatan diri.