Dalam episod terbaharu Confession Bilik Gelap, kami menampilkan Nas Muammar Zar, pelakon yang kini menjadi tumpuan ramai menerusi filem Keluang Man. Nas membuka kisah perjuangannya dalam industri hiburan, dari tahun-tahun mencabar tanpa watak utama, sehingga detik penting apabila ditawarkan peranan ikonik sebagai Keluang Man.