Badron Munirah, pelakon baru yang semakin dikenali, hadir ke Confession Bilik Gelap untuk mempromosikan drama terbarunya Putri & Phrince di VIU. Dalam perbualan ini, Badron turut berkongsi tentang perjalanan seninya dalam industri lakonan, cabaran yang ditempuhi sebagai pelakon baharu, serta pengalaman yang membentuk dirinya hari ini.