










![Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/82fd4a1a-84fb-11ee-b9c3-9f486518ab1b/image/2000_W__x_2000px__H__2.jpg)
SYOK PODCAST
Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
SPORTS
TENTANG
Gandingan Bola Itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun berbicara isu-isu yang merangkumi bola sepak dari pandangan sosio-politik , budaya dan pandangan berbeza.Tiada kompromi dalam pandangan mereka , hanya yang benar dan berfakta.Setiap hari Khamis , 9 malam di Saluran Arena 802
SHARE THIS PODCAST:
SEMUA EPISOD

Kad Laporan Harimau Malaya: Identiti ditinggalkan, suara penyokong dipinggirkan | Bola itu Life
Episod kali ini kita selami cerita besar dunia bola sepak yang sedang panas membara! Iraq akhirnya kembali ke pentas Piala Dunia selepas 40 tahun, satu kisah kebangkitan yang penuh emosi dan harapan baharu buat negara. Dalam masa sama, Itali pula terus terperangkap dalam kemelut prestasi, seolah-olah berada dalam mimpi ngeri yang tiada penghujung. Di tanah air, prestasi Harimau Malaya jadi tanda tanya, penyokong mula bersuara, harapan mula goyah. Namun di rantau Asia Tenggara, jiran-jiran kita tampil dengan aksi yang cukup membanggakan, mencuri perhatian pentas antarabangsa.
54 MIN • 03 April 2026

Pesta gol di Camp Nou serta ucapan Selamat Tinggal kepada Piala Asia 2027!
Episod minggu ini diperhangatkan dengan Kejuaraan AFCON milik Senegal yang ditarik balik & diberikan kepada Morocco! Liga Juara Juara Eropah menyaksikan 9 gol di Camp Nou, pemain Chelsea hilang hormat kepada Liam Rosenior serta comeback Liverpool di Anfield... Kita akhiri episod dengan Harimau Malaya mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Asia edisi 2027
56 MIN • 19 March 2026

Selamat Tinggal Piala Asia 2027!
Harapan Harimau Malaya ke Piala Asia 2027 tidak menjadi selepas keputusan muktamad oleh AFC
9 MIN • 19 March 2026

Kejuaraan AFCON milik Senegal ditarik balik & podium pertama Lewis Hamilton untuk Ferrari
Faiz dan Keesh berbincang tentang Kejuaraan AFCON Senegal yang ditarik balik dan juga bagaimana Lewis Hamilton memperoleh podium pertama bersama dengan Ferrari
9 MIN • 19 March 2026

Keputusan CAS: Penyokong berhak marah dan bersuara! | Bola itu Life
Minggu ini dalam Bola Itu Life, banyak cerita panas dari pentas Eropah hingga ke bola sepak tempatan. Kami mulakan dengan malam magis di Madrid apabila Federico Valverde meledak hatrik untuk Real Madrid dan meninggalkan Manchester City dalam keadaan tercengang. Dari Sepanyol, kami beralih ke drama Liga Juara-Juara melibatkan Tottenham apabila keputusan Igor Tudor mengeluarkan Antonín Kinský mencetuskan perdebatan hangat. Di tanah air pula, keputusan CAS terus menjadi topik hangat. Adakah penyokong Malaysia berhak marah dan bersuara – tetapi ke mana arah perbincangan ini akan membawa bola sepak negara? Dan di sebalik segala kontroversi, ada juga berita membanggakan apabila Harimau Selatan mencipta sejarah sebagai salah satu daripada lapan pasukan terbaik Asia. Semua ini dan banyak lagi kami kupas dalam episod terbaru Bola Itu Life.
55 MIN • 13 March 2026
TENTANG
Gandingan Bola Itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun berbicara isu-isu yang merangkumi bola sepak dari pandangan sosio-politik , budaya dan pandangan berbeza.Tiada kompromi dalam pandangan mereka , hanya yang benar dan berfakta.Setiap hari Khamis , 9 malam di Saluran Arena 802
SHARE THIS PODCAST:
Anda mungkin berminat



![Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/0cf3e6c6-fe3f-11ef-8db0-231c502407d1/image/36b488f9bdc64698beb2fc3c494e1559.png)
![Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/89b83a8e-c86f-11ed-873e-73d378f81a18/image/6a7763d6adf981e7e4a82ea2a685d7e7.png)
![Cerita Hantu Seram - SYOK Podcast [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/67c419ee-c891-11ed-9ebd-0fb9e48fcd2e/image/6230cd67bd6a5b4eed3ec808f3fd8929.png)


![Bro Pagi GEGAR - Radio Station [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/2e86ef68-a93b-11ee-a1ac-1b65ceb8404f/image/54c67f6b39debc23bee26c5695302966.png)
![Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/82fd4a1a-84fb-11ee-b9c3-9f486518ab1b/image/2000_W__x_2000px__H__2.jpg)
![Borak Borak Botak - SYOK Podcast [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/96dd3dcc-90c4-11ee-bfd8-139969a53885/image/7cf39e840f1309f1633c4168546aa5a9.jpg)
![Ultras Kuaci - SYOK Podcast [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/ebfd1786-c88e-11ed-8ac5-2336f0640232/image/ec0a15d0fdc333ef66dc1db28a8e8882.jpg)
Our Radio Websites












