HITZ
play
MIX
play
LITE
play
ERA
play
SINAR
play
THR GEGAR
play
ZAYAN
play
MY FM
play
MELODY
play
GOXUAN
play
RAAGA
play
All radio stations
Show
Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]

SYOK PODCAST

Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]

SOCIETY & CULTURE

TENTANG

Dari rahsia gelap hingga cerita menyentuh hati, setiap episod membawa anda menyelami pengalaman hidup manusia. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke [email protected] atau WhatsApp 012-2494632

SHARE THIS PODCAST:

SEMUA EPISOD

Dulu Kejar Duit Dan Dunia, Tapi Kini Allah Beri Ketenangan - Lah Ahmad | Confession Bilik Gelap S6EP7

Dulu Kejar Duit Dan Dunia, Tapi Kini Allah Beri Ketenangan - Lah Ahmad | Confession Bilik Gelap S6EP7

Lah Ahmad tampil dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan seni yang penuh makna, daripada pentas gah anugerah dan dunia arus perdana, sehinggalah membuat keputusan besar mengalihkan haluan ke lagu-lagu berunsur kerohanian yang lebih dekat dengan jiwa. Lah berkongsi tentang risiko meninggalkan zon selesa, cabaran membina semula identiti sebagai penyanyi solo, serta keyakinan bahawa rezeki dan ketenangan datang apabila kita jelas dengan tujuan hidup.

play

63 MIN • 20 February 2026


Takut Jika Satu Hari Saya Pulang Sabah Tangan Kosong - Farihin Arnia | Confession Bilik Gelap S6EP6

Takut Jika Satu Hari Saya Pulang Sabah Tangan Kosong - Farihin Arnia | Confession Bilik Gelap S6EP6

Farihin Arnia tampil dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan hidupnya yang penuh inspirasi — daripada bekerja keras di Sabah, menempuh pelbagai cabaran demi mencari pengalaman dan rezeki, sehinggalah membuat keputusan berani berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar impiannya sebagai pelakon.


Farihin membuka cerita tentang pengorbanan, detik jatuh bangun, serta bagaimana disiplin dan kepercayaan terhadap diri sendiri menjadi kekuatan utama dalam membina nama sebagai bakat muda yang semakin menyerlah dalam industri lakonan.

play

47 MIN • 13 February 2026


P Ramlee Saloma Ditakdirkan Untuk Alpha, Bukan Saya - Mohsein Kush | Confession Bilik Gelap S6EP5

P Ramlee Saloma Ditakdirkan Untuk Alpha, Bukan Saya - Mohsein Kush | Confession Bilik Gelap S6EP5

Mohsein Kush tampil dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi secara lebih mendalam tentang perjalanan kariernya, daripada langkah awal dalam dunia muzik sehingga menghasilkan P. Ramlee & Saloma dari Alpha, yang kini mencatat lebih 15 juta streams di Spotify, serta lagu “Pesan Terakhir” yang semakin meningkat naik. Beliau berkongsi cabaran, proses kreatif di sebalik penciptaan lagu, serta bagaimana emosi dan pengalaman peribadi membentuk karya yang meninggalkan kesan dalam industri muzik.

play

55 MIN • 06 February 2026


Filem Indonesia Kini Maju, Berbeza Dengan Malaysia - Reza & Fedi | Confession Bilik Gelap S6EP4

Filem Indonesia Kini Maju, Berbeza Dengan Malaysia - Reza & Fedi | Confession Bilik Gelap S6EP4

Reza Rahadian & Fedi Nuril tampil dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan mereka sebagai anak seni, dari dunia lakonan ke kerusi pengarah, cabaran mengekalkan relevansi, hinggalah realiti keras industri hiburan di Indonesia dan Malaysia. Dalam episod ini, Reza membuka cerita tentang Pangku, filem arahan terbarunya, sementara Fedi berkongsi pengalaman sebagai watak utama serta proses membina lakonan yang jujur dan berlapis. Perbualan ini menyentuh satu perkara penting: bagaimana sikap, disiplin dan kualiti lakonan menjadi kunci untuk kekal lama dalam “game” industri hiburan.

play

46 MIN • 30 January 2026


Netizen Rasa Saya Bersaing Dengan Suami Sendiri - Ernie Zakri | Confession Bilik Gelap S6EP3

Netizen Rasa Saya Bersaing Dengan Suami Sendiri - Ernie Zakri | Confession Bilik Gelap S6EP3

Ernie Zakri hadir dalam Confession Bilik Gelap untuk berkongsi perjalanan seninya dalam industri muzik, dari langkah awal sebagai penyanyi, cabaran emosi dan profesional yang dilalui, hinggalah detik-detik membina keyakinan diri sebagai seorang anak seni. Dalam episod ini, Ernie turut membuka cerita yang jarang didengar, bagaimana satu ketika dahulu beliau pernah melalui fasa tidak pernah menerima sebarang anugerah, dan bagaimana pengalaman itu membentuk ketahanan, perspektif dan semangatnya untuk terus berkarya hingga ke hari ini.

play

49 MIN • 23 January 2026


TENTANG

Dari rahsia gelap hingga cerita menyentuh hati, setiap episod membawa anda menyelami pengalaman hidup manusia. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke [email protected] atau WhatsApp 012-2494632

SHARE THIS PODCAST:

Anda mungkin berminat

AWANI SoundByte
Malay News
Niaga AWANI
Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]
AWANI Pagi
Malay Sports News
Borak Borak Botak  - SYOK Podcast [BM]
Cerita Hantu Seram - SYOK Podcast [BM]
Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
3 Pagi ERA - Radio Station [BM]
Agenda AWANI
Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]