










Show
![Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/89b83a8e-c86f-11ed-873e-73d378f81a18/image/acdf0b403f74f7b69da11d9ab532c70f.png)
SYOK PODCAST
Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]
SOCIETY & CULTURE
TENTANG
Dari rahsia gelap hingga cerita menyentuh hati, setiap episod membawa anda menyelami pengalaman hidup manusia. Nak sponsor atau kolaborasi? Emel hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632.
SHARE THIS PODCAST:
SEMUA EPISOD

"Siapa Sanggup Bersama Bila Kita Tiada Apa-Apa" - Nurul Izzah Anwar | Confession Bilik Gelap S5EP23
Dalam episod istimewa ini, Confession Bilik Gelap menampilkan Nurul Izzah Anwar, tokoh politik yang dikenali sebagai 'Puteri Reformasi'. Beliau berkongsi kisah perjuangan, pengorbanan, dan harapan untuk Malaysia. Beliau berkongsi tentang cabaran membina kerjaya dalam dunia politik yang penuh liku, sambil menggalas peranan sebagai seorang ibu dan wanita yang terus percaya kepada potensi besar Malaysia.
45 MIN • 15 May 2025

"Stereotaip Muka Kacak Mudah Ada Job, Hakikatnya..." - First Wives l Confession Bilik Gelap S5EP22
Dalam episod Confession Bilik Gelap kali ini, kami membawakan dua bintang utama dari drama Astro Original First Wives, Melissa Campbell dan Malek Mccrone. Mereka berkongsi pengalaman menarik sepanjang penggambaran bersama pelakon lain seperti Mimi Lana, serta cabaran membawakan watak yang kompleks dalam suasana set yang penuh semangat dan kolaboratif.
46 MIN • 09 May 2025

"Saya Pakai Duit Sendiri Untuk Tolong 40 Jemaah Ibadah" - Aaron Aziz | Confession Bilik Gelap S5EP21
Dalam episod ini, kami menampilkan Dato’ Aaron Aziz pelakon dan ikon industri hiburan yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air dan serantau. Di sebalik popularitinya yang melonjak sejak era kegemilangan filem aksi tempatan seperti KL Gangster dan Evolusi KL Drift, Dato’ Aaron membuka kisah benar tentang perjuangan sebenar yang dilalui sepanjang bergelar anak seni.
52 MIN • 02 May 2025

"Saya Pernah Alami Tekanan Sehingga Hampir.." - Noraniza Idris | Confession Bilik Gelap S5EP20
Episod kali ini menampilkan figura seni yang tidak asing lagi, Noraniza Idris. Dikenali sebagai pejuang irama tradisional, beliau hadir berkongsi sisi peribadi yang jarang didedahkan, termasuk perjalanan penuh warna dalam memartabatkan muzik warisan di tengah cabaran industri moden. Daripada kecaman, cabaran masa, hingga transformasi diri sebagai anak seni dan wanita—Noraniza Idris membuktikan bahawa perjuangan seni itu bukan sekadar persembahan, tetapi satu misi yang lahir dari jiwa.
70 MIN • 24 April 2025

"Filem Yang Dibuat Dari Hati Pasti Hasilnya Baik" - Acha Septriasa | Confession Bilik Gelap S5EP19
Podcast Confession Bilik Gelap minggu ini menampilkan bintang dari seberang, Acha Septriasa yang membawakan watak Azizah dalam Qodrat 2, bersama pengarah filem tersebut, Charles Ghozali. Mereka berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran—daripada cabaran membina emosi sebagai watak utama, hingga pendekatan unik dalam menyatukan elemen seram dan kehidupan dalam sekuel kali ini.
51 MIN • 18 April 2025
TENTANG
Dari rahsia gelap hingga cerita menyentuh hati, setiap episod membawa anda menyelami pengalaman hidup manusia. Nak sponsor atau kolaborasi? Emel hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632.
SHARE THIS PODCAST:
Anda mungkin berminat
![Serious Lah? - SYOK Podcast [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/0cf3e6c6-fe3f-11ef-8db0-231c502407d1/image/4eb8e351028123f39e1acf03fabc6917.jpeg)




![Berbulu dengan Burn - SYOK Podcast [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/3fd59d88-90c6-11ee-85b4-ff04c0f4dbdc/image/2000_W__x_2000px__H___BDB.jpg)


![Bro Pagi GEGAR - Radio Station [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/2e86ef68-a93b-11ee-a1ac-1b65ceb8404f/image/035f313e1e291adea0078ffc7fcee015.png)
![The BangMed Show - SYOK Podcast [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/0b47df92-8452-11ef-a757-937d936d0763/image/c2f584c85e866aade425e551cab95299.jpeg)
![Abe Salok Madu - Radio Station [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/2ee90da2-06c3-11ef-9630-9f5bdc65fc30/image/8392725441b1df5d69541b6a0d1741f8.png)
![CeKePi - Radio Station [BM]](https://megaphone.imgix.net/podcasts/8ac9bcc0-c88f-11ed-b5da-e3e7f8bbf7f9/image/67a0da-cekepi_syokcast_5.png)