← Back to list

Bayi Berusia 4 Bulan Disahkan Positif COVID-19 Selepas Pulang Dari Malaysia

Apr 27, 2020


bayi berusia 4 bulan disahkan positif covid-19 selepas pulang dari malaysia

Seorang bayi yang baru berusia empat bulan telah dlaporkan positif COVID-19. Sebelum ini, bayi tersebut bersama ibunya yang bekerja di Malaysia telah pulang ke Ogan Ilir, Sumatera, Indonesia.

Berdasarkan The Jakarta Post, selain bayi itu terdapat 12 individu lain yang turut disahkan positif wabak tersebut.

“Ujian swab menunjukkan bayi tersebut positif COVID-19. Ibunya pula disahkan negatif,” kata ketua jawatankuasa COVID-19 Sumatera Selatan, Zen Ahmad dalam sidang media pada Jumaat lalu.

Buat masa ini bayi tersebut sedang menerima rawatan di Hospital Mohammad Hoesin, Palembang. Ibu kepada bayi tersebut merupakan seorang pekerja migran dan baru sahaja pulang ke tanah air dengan penerbangan dari Malaysia ke Medan dan seterusnya ke Palembang.

Kesemua penumpang telah ditempatkan di perkampungan atlet selepas salah seorang penumpang daripada kumpulan itu telah disahkan positif COVID-19.

Sumber: Astro Awani


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi