← Back to list
Lelaki PUI COVID-19 Ditemui Meninggal Dunia Dalam Tandas Hospital Serdang
Mar 28, 2020
Seorang lelaki yang masih berada dibawah pemantauan (PUI) COVID-19 ditemui meninggal dunia dalam tandas was Hospital Serdang, malam semalam.
Mayat pesakit berusia 62 tahun itu ditemui kira-kira jam 7.40 malam semalam dalam tandas wad hospital tersebut.
"Pesakit dimasukkan ke hospital pada Khamis lepas dan kematian pesakit dimaklumkan kepada pihak polis yang bertugas di pondok polis di hospital berkenaan oleh jururawat.
"Mayat akan diuruskan oleh pihak Hospital Serdang dan polis juga telah merakam percakapan dari pengadu, jururawat hospital, saksi lain serta waris mangsa," kata Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam satu kenyataan.
Pihak polis yang menjalankan tugas turut dibekalkan dengan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk keselamatan bagi merakam dan menyiasat punca kejadian.
Sumber: Awani