← Back to list

Malaysia Kurangkan Tempoh Kuarantin Bagi Pengembara Sebanyak 5 Hari

Jan 22, 2022


Tempoh kuarantin bagi pengembara yang telah menerima dos penggalak atau remaja berusia 12 hingga 17 tahun tanpa pengiring kini dikurangkan kepada lima hari.

 

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR perlu dijalankan dua hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19.

“Ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dibuat pada hari ketibaan di pintu masuk antarabangsa. Ujian pengesanan RT-PCR dibuat pada hari keempat atau RT Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari kelima.

“Pelepasan kuarantin pada hari kelima (diberi) jika ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR pada hari keempat atau RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari kelima adalah negatif,” terang Khairy.

Lanjut beliau, sementara itu, untuk mereka yang belum menerima dos penggalak namun telah lengkap vaksin dua dos, tempoh kuarantin ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah tujuh hari.

“Manakala pengembara yang tiada atau belum lengkap vaksin tempoh kuarantin adalah 10 hari. Ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dijalankan dua hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19. Ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dibuat pada hari ketibaan di pintu masuk antarabangsa.

“Ujian pengesanan RT-PCR dibuat pada hari kelapan atau RT Ag yang diselia oleh petugas kesihatan hari ke-10.

“Pelepasan kuarantin pada hari ke-10 (diberi) jika ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR pada hari ke-8 atau RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari ke-10 adalah negatif,” tambahnya.

 

Sumber: [1]


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi