← Back to list

186 Lagi Kes Varian Omicron Dikesan KKM, Selangor Tertinggi

Jan 19, 2022


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 186 lagi kes varian Omicron dikesan bagi tempoh 14 hingga 18 Januari 2022.

186 lagi kes varian omicron dikesan kkm, selangor tertinggi

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan kes Omicron tertinggi iaitu 41 kes, diikuti Sarawak (26), Johor (20), Kuala Lumpur (17), Perak (16) dan Negeri Sembilan (12).

 

Sebanyak 9 kes Omicron dikesan di Kelantan dan Pahang, manakala 7 di Terengganu, 5 di Melaka, 4 di Labuan dan masing-masing satu kes di Perlis dan Putrajaya.

 

Ini menjadikan sebanyak 6,432 kes jumlah kumulatif kes varian membimbangkan (VOC) dan varian berkepentingan (VOI) SARS-CoV-2 di Malaysia.

 

Tambahnya lagi, sebanyak 5,726 kes varian Delta dikesan di seluruh negara, manakala varian Omicron pula sebanyak 439 kes setakat ini. Varian Beta pula sebanyak 233 kes dan 14 lagi adalah varian Alpha.

 

Sumber: [1]


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi