← Back to list

Dalam Diam Rupanya Masih Ada Rakyat Degil Masuk Thailand Guna Laluan Tikus

Mar 21, 2020


Ketika negara sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan, masih ada rakyat yang degil pergi ke negara jiran menggunakan 'laluan tikus'.

dalam diam rupanya masih ada rakyat degil masuk thailand guna laluan tikus

Polis telah mengesan masih ada segelintir rakyat yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand, khasnya di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor, keluar masuk ke negara jiran secara haram.

Menurut Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan, Superintanden Azhari Nusi berkata, pihaknya luahkan rasa kesal dengan tindakan tersebut yang dilihat seakan-akan memperlekehkan undang-undang negara.

"PGA Batalion 7 yang melakukan penugasan di Op Wawasan Kelantan ketika ini sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar peraturan tersebut.

"Kita juga akan perketatkan lagi kawalan di 88 pangkalan haram di sekitar Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor bagi memastikan tiada sebarang pergerakan berlaku di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, tindakan drastik akan diambik bagi mengekang pergerakan warga tempatan dan warga asing daripada keluar dan masuk dari negara ini.

Sumber: Sinar Harian


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi