← Back to list

Saintis Cipta Gula-Gula Getah Boleh Perangkap Virus COVID-19

Aug 02, 2022


Sekumpulan saintis dilaporkan sedang menjalankan eksperimen bagi menghasilkan gula-gula getah yang boleh memerangkap virus SARS-CoV-2 atau disebut juga sebagai virus COVID-19.

saintis cipta gula-gula getah boleh perangkap virus covid-19

Gula-gula getah itu dihasilkan penyelidik dari School of Dental Medicine di Universiti Pennsylvania, bertujuan bagi mengurangkan penyebaran virus berkenaan.

 

Menurut kertas kajian yang diterbitkan dalam Biomaterials Journal, gula-gula getah khas itu dihasilkan dengan campuran protein ACE2 yang mana berfungsi memecahkan sel virus COVID-19 dan seterusnya melemahkan mereka.

saintis cipta gula-gula getah boleh perangkap virus covid-19

Dalam satu eksperimen yang dibuat mereka, didapati partikel virus Delta atau Omicron melekat pada protein ACE2 pada gula-gula getah, sekaligus dapat mengurangkan penyebarannya kepada individu lain.

 

Untuk mencapai keberkesanannya, setiap individu perlu mengunyah sehingga empat gula-gula getah setiap hari selama empat hari.

 

Bagaimanapun kajian ini masih memerlukan kajian lebih terperinci, sebelum ia menjalani ujian klinikal dan barulah dapat digunakan kepada umum.

 

Sumber: Biomaterials Journal


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi