← Back to list

Rancang 8 Hari Cuti Di Korea Tapi 7 Hari Habis Kena Kuarantin

Jul 29, 2022


Dalam keterujaan pasangan warga Singapura ini untuk bercuti selama lapan hari di Korea, siapa sangka mereka telah habiskan tujuh hari percutian itu untuk menjalani kuarantin akibat positif COVID-19.

 

Pasangan bernama Huang dan Li, masing-masing berusia 25 tahun, merancang untuk ke Korea Selatan bermula 13 Julai lalu.

rancang 8 hari cuti di korea tapi 7 hari habis kena kuarantin

Kedua-dua mereka disahkan negatif sebelum mereka bergerak ke Korea Selatan menerusi Ujian Antigen Pantas, malah kedua-duanya telah juga lengkap vaksinasi.

 

Bagaimanapun kedua mereka mula berasa tidak sihat sewaktu dalam penerbangan.

 

“Kami berasa tidak selesa di dalam pesawat, tekak kami terasa kering dan gatal. Tanpa disangka, bila sampai sahaja Korea, keputusan ujian menunjukkan positif,” kata Huang.

 

Menurut peraturan yang ditetapkan Korea Selatan, mana-mana individu yang positif COVID-19 perlu menjalani perintah kuarantin selama tujuh hari di kawasan yang sesuai. Maka, kedua-dua pasangan ini hanya duduk dalam bilik hotel dan terpaksa membatalkan segala jadual lawatan mereka.

 

Selesai tujuh hari kuarantin, pasangan itu hanya mempunyai baki satu hari untuk bercuti di negara berkenaan. Tidak melepaskan peluang itu, mereka sempat membeli-belah dan juga makan sebelum pulang ke Singapura pada 20 Julai.

 

Sumber: Siakap Keli

 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi