← Back to list

Tiga SOP Utama Jadi Tumpuan, KKM Dijangka Bakal Umum Kelonggaran SOP Rabu Ini

Apr 25, 2022


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka akan mengumumkan kelonggaran bagi beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 pada Rabu ini.

tiga sop utama jadi tumpuan, kkm dijangka bakal umum kelonggaran sop rabu ini

Kementerian Kesihatan (KKM) telah memaklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ia diumumkan kepada rakyat.

“Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri tentang perancangan KKM, nanti hari Rabu saya akan umumkan,” katanya.

tiga sop utama jadi tumpuan, kkm dijangka bakal umum kelonggaran sop rabu ini

Perkara ini juga mendapat pelbagai reaksi dan perhatian apabila Perdana Menteri juga memaklumkan berkenaan tiga kelonggaran SOP yang akan diumum dalam masa terdekat.

SOP tersebut termasuk berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian pengesanan COVID-19 di lapangan terbang.

Sumber: Bernama 
 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi