← Back to list

Jururawat Nafi Suntik Vaksin ‘Kosong’ Kepada Anak Khairy Jamaluddin, Mohon Orang Ramai Tidak Buat Andaian

Feb 16, 2022


Baru-baru ini, tular apabila jururawat yang menyuntik vaksin COVID-19 kepada anak Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, dibidas atas dakwaan menyuntik 'angin' kepada Raif.

jururawat nafi suntik vaksin ‘kosong’ kepada anak khairy jamaluddin, mohon orang ramai tidak buat andaian

Menerusi video di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jururawat berkenaan menafikan isu berkenaan dan memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang andaian yang tidak benar.

“Tolong, tolong, tolong, jika anda tidak tahu jangan buat andaian dan jangan tuduh kerana ini melibatkan kehidupan orang.

“Jika perkara ini jadi kepada diri anda, apa yang anda rasakan? Tidak selesa, sakit hati dan geram.

“Saya cuma buat kerja saya sedaya upaya untuk lancarkan proses dan berikan keselesaan kepada kanak-kanak yang saya cucuk vaksin. Saya tidak mahu menjadikan perkara ini sesuatu perkara yang mentraumakan mereka.

“Kalau anda tidak mahu ambil vaksin COVID-19 tidak mengapa, tetapi jangan tuduh orang secara tidak berasas seperti itu,” katanya.

Anak Menteri Kesihatan, Raif yang berusia enam tahun selesai menerima suntikan vaksin dos pertama di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Isnin lalu.

Terdahulu, video berdurasi 10 saat memaparkan Raif yang disuntik vaksin COVID-19 oleh jururawat berkenaan tular di media sosial dengan kapsyen dakwaan dos tersebut dibuang terlebih dahulu sebelum disuntik ke lengan anak Menteri Kesihatan itu.

Sumber: Awani
 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi