← Back to list

Indonesia Cadang Beri Setengah Dos Untuk Vaksin Penggalak

Jan 05, 2022

Menteri Kesihatan Indonesia (Menkes), Budi Gundi Sadikin berkata negara itu bercadang untuk memberikan setengah dos vaksin sebagai vaksin penggalak COVID-19 kepada warganya.

indonesia cadang beri setengah dos untuk vaksin penggalak

Cadangan itu dibuat selepas keizinan untuk menggunakan setengah dos dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat dan Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA).

Menurutnya, vaksin setengah dos itu adalah bagi vaksin jenis Moderna dan Pfizer kerana kedua-dua vaksin itu dipercayai mempunyai dos yang lebih tinggi.

“CDC dan FDA Amerika Syarikat mengeluarkan polisi ‘setengah dos’ bagi vaksin penggalak Moderna kerana terdapat isu berkenaan kesan sampingan Moderna dan sistem pelaporan berkaitan kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI),” kata Budi.

Bagaimanapun, cadangan itu masih dikaji Kumpulan Penasihat Teknikal Imunisasi Indonesia (ITAGI) dan berharap agar ia dapat disiapkan pada 10 Januari depan.

Jika hasil kajian menunjukkan keberkesanan dan tiada perbezaan dos separuh dan penuh, maka Indonesia akan menggunakan separuh dos bagi vaksin penggalak kepada rakyatnya. Cara itu juga akan menjadikan Indonesia boleh mendapatkan sasaran penggalak dengan stok vaksin yang tersedia.

Indonesia memerlukan 230 juta dos penggalak dan sehingga kini negara itu hanya mengumpulkan kira-kira 113 juta dos.

Sumber: [1]

Cover photo: Creator: AJENG DINAR ULFIANA | Credit: REUTERS

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi