← Back to list

COVID-19: Antibodi Meningkat 2,000 Peratus Lepas Vaksin Penuh – Kajian

Dec 26, 2021

Kajian terbaru menunjukkan antibodi individu yang terkena jangkitan COVID-19 selepas disuntik vaksin sepenuhnya meningkat kepada 2,000 peratus.

covid-19: antibodi meningkat 2,000 peratus lepas vaksin penuh – kajian

Data itu diperoleh selepas kajian dibuat terhadap 26 pekerja yang sudah divaksin di Universiti Sains dan Kesihatan Oregon (OHSU) yang mengalami jangkitan, dengan individu yang diberikan vaksin tetapi tidak pernah mendapat jangkitan COVID-19.

Keputusan kajian mendapati, terdapat peningkatan antibodi yang besar sehingga mencecah 2,000 peratus.

“Kadang-kadang meningkat sehingga 2,000 peratus. Jadi, ia benar-benar imuniti yang tinggi dan hampir kepada ‘imuniti super’,” kata Pakar Imunologi dan Mikrobiologi Molekular OHSU di Portland, Oregon, Prof. Fikadu Tafesse.

Beliau turut memberi amaran dijangkiti virus terlebih dahulu adalah tidak disyorkan kerana kita tidak boleh meramalkan siapa yang akan mengalami sakit teruk akibat COVID-19 ini.

“Sekiranya anda terdedah kepada virus, anda akan mendapat tindak balas imun yang menakjubkan.

“Ia mencerminkan tindak balas imuniti yang diperolehi daripada dos penggalak,” katanya.

Dalam kajian berbeza, pesakit yang diberi suntikan dos penggalak didapati mempunyai 6.5 kali antibodi lebih sedikit terhadap Omicron, sekali gus menunjukkan dos penggalak sahaja tidak begitu melindungi. Langkah pencegahan seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal masih penting dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

Sumber: [1]

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi