← Back to list

Ribuan Warga India Disuntik Vaksin COVID-19 Palsu, Polis Berjaya Tahan Individu Disyaki Dalang Sindiket Ini

Jul 08, 2021


Ribuan warga India menjadi mangsa penipuan vaksin COVID-19 palsu yang dipercayai berisi air garam. 

ribuan warga india disuntik vaksin covid-19 palsu, polis berjaya tahan individu disyaki dalang sindiket ini

Polis berjaya menahan doktor dan pegawai perubatan yang disyaki terlibat dengan sindiket ini manakala 12 pusat vaksinasi palsu berhampiran Mumbai, India juga diperiksa.

Menurut Vishal Thakur, seorang pegawai kanan di jabatan polis Mumbai, vaksin palsu itu mengandungi air garam dan sebanyak 2,500 orang dianggarkan telah menerima vaksin COVID-19 palsu. 

ribuan warga india disuntik vaksin covid-19 palsu, polis berjaya tahan individu disyaki dalang sindiket ini

Pihak tidak bertanggungjawab itu dianggarkan telah memperoleh keuntungan sekitar USD$ 28,000 (RM117,000) dari vaksin palsu.

Polis telah menahan 14 orang kerana disyaki menipu, cuba membunuh, konspirasi jenayah dan tuduhan berat yang lain.

Sumber: CNN