← Back to list

COVID-19: Jumlah Suntikan Harian Vaksin Capai Angka 157,949

Jun 12, 2021

Khamis lalu, negara dilaporkan mencapai angka suntikan harian vaksin COVID-19 sebanyak 157,949.

covid-19: jumlah suntikan harian vaksin capai angka 157,949

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pencapaian tersebut sekali gus menjadi jumlah kumulatif pemberian vaksin di serata negara mencecah 4.1 juta dos setakat Khamis lalu.

Menerusi infografik yang dikeluarkan rasmi JKJJAV di Twitter, pemberian harian dos pertama pada 10 Jun lalu adalah 111,130 sementara mereka yang menerima dos kedua pula adalah sebanyak 46,189.

Susulan itu, jumlah kumulatif buat penerima vaksin dos pertama setakat Khamis lalu direkodkan pada 2.8 juta sementara buat doks kedua pula 1.3 juta.

Kuala Lumpur mencatatkan jumlah pemberian vaksin COVID-19 tertinggi dengan lebih 600,000 yang telah divaksinasi, diikuti Selangor dengan hampir 584,000 dan Sarawak sebanyak 400,000.

Sumber: [1]

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi