← Back to list

Cipta Sejarah, Vaksin Pertama Negara Bakal Terbang Dengan Pesawat Dihiasi Jalur Gemilang

Feb 19, 2021

Sejarah bakal tercipta apabila bekalan vaksin COVID-19 pertama negara akan dibawa dengan pesawat penumpang Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines yang dihiasi livery Jalur Gemilang pada Ahad ini (21 Feb).
 
cipta sejarah, vaksin pertama negara bakal terbang dengan pesawat dihiasi jalur gemilang

Pesawat berkenaan akan membawa 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk penghantaran pertama ke Malaysia menjelang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Feb.
 
Menurut Ketua Pegawai Operasi MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo), Mohd Zulkefly Ujang berkata, pemilihan pesawat yang mempunyai livery Jalur Gemilang adalah simbolik yang melambangkan vaksin tersebut adalah untuk rakyat Malaysia.
 
"Kita ada banyak pesawat dengan livery tertentu seperti Harimau Malaya, jadi pemilihan pesawat ini sudah tentunya kerana ada Jalur Gemilang untuk tunjukkan yang ini adalah untuk rakyat Malaysia ," katanya kepada Bernama.

Menurutnya lagi, tiada pengubahsuaian perlu dilakukan terhadap pesawat penumpang tersebut bagi membawa vaksin berkenaan kerana hanya bahagian kargo pesawat akan digunakan bagi tujuan tersebut.
 
Ditanya mengenai persiapan untuk menerima vaksin pertama negara pada Ahad ini, Mohd Zulkefly berkata, persiapan rapi sedang dijalankan di Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA bagi memastikan proses penerimaan berjalan lancar.
 
"Kita akan pastikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19 seperti penjarakan fizikal dipatuhi oleh semua yang hadir," katanya lagi.
 
Sebarang maklumat lanjut berkenaan Program Vaksinasi Kebangsaan, boleh rujuk kepada laman web www.vaksincovid.gov.my .
 
Sumber: Astro Awani

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi