← Back to list

Ketibaan Vaksin Pertama Di Malaysia Akan Disiar Secara Langsung Ahad Ini

Feb 18, 2021

Umum sedia maklum, vaksin Pfizer-BioNTech akan tiba di Malaysia pada 21 Februari 2021, diikuti pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula pada 26 Februari 2021, di mana Perdana Menteri sendiri akan menerima suntikan vaksin pada hari tersebut bersama-sama petugas barisan hadapan.

ketibaan vaksin pertama di malaysia akan disiar secara langsung ahad ini

Justeru, bagi menyambut ketibaan kumpulan vaksin pertama pada Ahad ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan akan menyiarkan secara langsung menerusi Facebook Live KKM bermula jam 9 pagi.

Siaran secara ekslusif itu adalah bagi menunjukkan kepada orang ramai khasnya rakyat Malaysia akan ketibaan kumpulan vaksin pertama di Malaysia, sebelum pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilakukan bermula 26 Feb.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan melalui tiga fasa. Fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan, bermula pada 26 Februari sehingga April 2021. Fasa kedua pula akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 dan akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi, manakala Fasa Ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula dari bulan Mei 2021 sehingga Febuari 2022.

buku panduan program imunisasi covid-19 jadi rujukan lengkap rakyat malaysia tentang vaksin
 
Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk kepada laman web www.vaksincovid.gov.my .
 
Sumber: KKM

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi