← Back to list

“Bersyukur Dapat Terima Vaksin,” Sasha Zaidin Lengkap Ambil Suntikan Dos Kedua Vaksin COVID-19

Jan 15, 2021


Pelakon dan penyanyi, Sasha Zaidin memaklumkan dalam sebuah hantaran di akaun Instagramnya bahawa dia dan suami, Sirhan Wahab telah selesai mengambil dua dos suntikan vaksin COVID-19.

“bersyukur dapat terima vaksin,” sasha zaidin lengkap ambil suntikan dos kedua vaksin covid-19

Menurut Sasha, 45, vaksin yang diambil itu adalah keluaran syarikat farmaseutikal Sinopharm. Sasha dan Sirhan terima suntikan tersebut di Hospital Emirates Field, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kelmarin.

“Alhamdulillah semalam (kelmarin), saya dan Sirhan sudah melengkapkan vaksin Sinopharm dengan mengambil dos kedua selepas 21 hari menerima suntikan dos pertama.

“Kami dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas bahawa dos kedua ini sebenarnya lebih kepada booster (penggalak) dan lebih ringan berbanding dos pertama yang diambil sebelum ini,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Princess Sayang (@sashasaidin)

Menurutnya, dia berasa amat bersyukur apabila dimaklumkan bahawa kesan sampingan yang dialami untuk suntikan dos kedua ini juga lebih ringan berbanding suntikan pertama yang boleh membuatkan seseorang itu mengalami demam, alahan dan sebagainya.

“Sebaik sahaja pulling ke rumah daripada pusat vaksin, saya berasa letih dan mengantuk manakala Sirhan mengalami sakit kepala.

“Namun, dengan pengambilan paracetamol dan tidur seketika, sebelum petang badan kami sudah berasa kembali baik seperti normal.

“Buat masa ini, kami berdua baik sahaja, biarpun terus memantau keadaan masing-masing. Kami sudah kembali menjalani rutin harian seperti biasa hari ini (semalam),” tulisnya lagi.

Dalam hantaran tersebut, Sasha turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan (UAE) yang memberikan suntikan vaksin percuma kepada semua penduduknya.

Sumber: Instagram // Gempak


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi