← Back to list

Raffi Ahmad, Selebriti Indonesia Pertama Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Jan 13, 2021


Atas tujuan ingin mendorong generasi muda menyertai vaksinasi nasional, pelakon Raffi Ahmad menjadi antara selebriti terawal menerima suntikan vaksin COVID-19 di Indonesia.

raffi ahmad, selebriti indonesia pertama terima suntikan vaksin covid-19

Menurut laporan CNN, Doktor Reisa Kartikasari, pegawai kesihatan yang mengurus program berkenaan itu berkata pemilihan Raffi bertepatan dengan sasaran mereka iaitu golongan muda atau generasi milenial.

“Raffi Ahmad hadir sebagai wakil kaum milenial supaya boleh jadi inspirasi untuk meyakinkan mereka terhadap keperluan vaksin.

“Secara tak langsung menjayakan program vaksinasi di Indonesia, ” katanya.

raffi ahmad, selebriti indonesia pertama terima suntikan vaksin covid-19

Raffi terima suntikan vaksin bersama pegawai kerajaan termasuklah Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Merdeka pada hari Rabu.

Raffi pernah berkongsi bukti sekeping foto kad biru bertulis "Vaksinasi Perdana COVID-19" di Instagram menunjukkan dia menjadi salah seorang penerima vaksin terawal di Indonesia.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Raffi Ahmad and Nagita Slavina (@raffinagita1717)

Selain Raffi Ahmad, nama penyanyi Bunga Citra Lestari antara disebut bakal menerima vaksin terawal, namun pihaknya memaklumkan masih belum mendapat perkhabaran itu.

“Sampai sekarang tak tahu apa-apa lagi, belum ada rancangan ke Istana... belum ada khabar sampai sekarang,” kata pengurus BCL iaitu Doddy.

Sumber: CNN Indonesia


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi