← Back to list

COVID-19: Vaksin Dijangka Berada Di Pasaran Dalam Masa Setahun

Apr 05, 2020

covid-19: vaksin dijangka berada di pasaran dalam masa setahun

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa vaksin COVID-19 mungkin akan berada di pasaran dalam masa setahun. Buat masa ini, kajian terhadap vaksin itu masih lagi dalam fasa awal.

Beliau turut memaklumkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang meneliti sebatian serta penyelidikan bagi mencipta vaksin kepada penyakit tersebut.

"Maka, ia mungkin mengambil masa kira-kira setahun atau setahun setengah sebelum kami memperoleh vaksin itu di pasaran.

Penyelidikan masih lagi berjalan dan diharap dengan melakukan penyelidikan, kami akan memperoleh vaksin secepat mungkin," katanya dalam sidang media harian media mengenai COVID -19, di sini pada Sabtu.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa beberapa orang pesakit COVID-19 yang sembuh telah ersetuju untuk menjadi sukarelawan bagi penyelidikan yang berkaitan plasma darah.

Menurutnya, mereka membantu KKM dengan mendermakan darah bagi pihak KKM melaksana penyelidikan dan sains bagi melihat kepekatan antibody. Sebelum itu, pihak KKM akan memastikan sampel darah tersebut  benar-benar telah bebas dari virus COVID-19 dan penyakit yang lain seperti hepatitis C.

Diharapakan dengan sumbangan ini dapatlah dunia mencari penawar kepada pandemik ini. Terima kasih kepada sesiapa yang menyumbang. Jasa kalian amatlah besar bagi dunia perubatan.

Sumber: Astro Awani

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi