← Back to list

Lelaki Ini Sengaja Suntik Vaksin COVID-19 Sebanyak 217 Kali, Tiada Kesan Sampingan

Mar 11, 2024

Seorang lelaki Jerman sengaja mengambil vaksin COVID-19 sebanyak 217 kali dalam hidupnya, berkemungkinan menjadi orang paling banyak divaksin dalam sejarah.

lelaki ini sengaja suntik vaksin covid-19 sebanyak 217 kali, tiada kesan sampingan

Menurut laporan, lelaki itu secara sukarela mengambil vaksin tersebut dan tidak mengikut nasihat perubatan. Dia juga telah mula menjadi perhatian penyelidik pada 2022 dengan mengambil sebanyak 90 suntikan vaksin COVID-19.

Satu siasatan dibuat selepas lelaki itu dikatakan sengaja mengambil dos yang banyak bagi mengumpul kad vaksin lengkap untuk dijual kepada mereka yang enggan divaksin. Bagaimanapun, tiada pertuduhan jenayah difailkan terhadapnya selepas kertas siasatan dibuka.

Dalam tempoh 29 bulan, lelaki itu didakwa menerima 217 dos daripada lapan vaksin COVID-19 berbeza, termasuk kesemua versi mRNA.

Sesetengah saintis berpendapat, sel imun badan lelaki itu menjadi kurang berkesan kerana beliau sudah terbiasa dengan antigen akibat mengambil vaksinasi yang begitu banyak.

Malah, lelaki itu mempunyai ‘kepekatan yang jauh lebih tinggi’ bagi sel imun dan antibodi untuk virus COVID-19, berbanding individu lain yang hanya menerima tiga vaksinasi yang disyorkan.

Menariknya, lelaki itu tidak pula menunjukkan sebarang komplikasi dan kesan sampingan termasuk keletihan, kesan daripada semua vaksinasi yang diambilnya.

Dia juga tidak pernah diuji positif COVID019 dan tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan masa lalu.

Sumber: BH

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi