← Back to list

Pakar Beri Amaran Virus Nil Barat Sedang Merebak Di AS, Tiada Vaksin Setakat Ini

Jun 20, 2023

Pakar kesihatan awam di Amerika Syarikat kini memberi amaran mengenai virus Nil Barat (West Nile virus) yang sedang menular di seluruh negara itu.

pakar beri amaran virus nil barat sedang merebak di as, tiada vaksin setakat ini

Ia susulan daripada kes pertama virus bawaan nyamuk yang dicatatkan di negeri Iowa, melibatkan seorang warga emas berusia 61 hingga 80 tahun di daerah Plymouth.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia, orang ramai kini dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar yang menyumbang kepada risiko terkena gigitan nyamuk.

“Cuaca musim panas menyebabkan ramai penduduk melakukan aktiviti luar, seterusnya meningkatkan risiko terkena gigitan nyamuk.

“Gigitan nyamuk yang membawa virus itu menjadi punca utama manusia dijangkiti virus serupa,” kata jabatan berkenaan.

Setakat 13 Jun, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesahkan sebanyak 13 kes virus Nil Barat dilaporkan pada tahun ini.

Ia melibatkan negeri Oregon, Arizona, Wyoming, Nebraska, Illinois, Louisiana, Georgia, Carolina Selatan dan Pennsylvania. Empat daripada semua kes berlaku di Arizona.

Setakat ini masih belum ada vaksin atau ubat yang dapat merawat virus ini. Malah, satu daripada lima orang yang dijangkiti akan mengalami demam dan beberapa simptom lain, selain satu dalam 150 pesakit berisiko mengalami keadaan serius serta membawa maut.

Sumber: Kosmo!

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi