← Back to list

Warga Emas Usia 90 Tahun Individu Pertama Terima Vaksin COVID-19 Di UK

Dec 09, 2020


Seorang warga emas berusia 90 tahun menjadi individu pertama di dunia menerima suntikan vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Pfizer-BioNTech.

orang pertama di dunia terima vaksin covid-19, ‘‘ini hadiah hari lahir terbaik buat saya..’’

Ia selepas United Kingdom (UK) melancarkan kempen vaksinasi pada Selasa lalu, dan Margaret Keenan menjadi individu pertama yang menerimanya.

Beliau yang akan menyambut ulangtahun kelahiran ke-91 minggu depan berkata, ia adalah hadiah ulang tahun terbaik buat dirinya.

warga emas usia 90 tahun individu pertama terima vaksin covid-19 di uk

"Saya merasa sangat istimewa menjadi orang pertama yang diberi suntikan vaksin COVID-19.

"Ia adalah hadiah hari lahir awal yang terbaik buat saya. Ia sangat bermakna kerana akhirnya saya tidak sabar-sabar untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan saya pada tahun baru setelah bersendirian sepanjang tahun.

"Nasihat saya, kepada siapa saja yang ditawarkan vaksin, sila terima. Jika saya dapat menerimanya pada usia 90 tahun, maka anda juga boleh menerimanya," kata Keenan yang menerima suntikan itu di sebuah hospital dekat Coventry, England.

Menjelang akhir bulan ini, dijangkakan empat juta individu bakal menerima suntikan vaksin COVID-19.

Sumber: BBC


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi