← Back to list

‘‘Vaksin Keempat Perlu Untuk Kebanyakkan Orang,’’ – CEO Pfizer

Mar 15, 2022

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Dr. Albert berkata suntikan keempat vaksin COVID-19 adalah perlu kepada kebanyakkan orang bagi memberi perlindungan diri berterusan daripada virus itu selepas perlindungan sedia ada semakin berkurangan.

Beliau berkata demikian selepas ditanya sama ada penduduk Amerika Syarikat (AS) perlu menerima suntikan dos penggalak tahunan pada setiap musim luruh.

‘‘vaksin keempat perlu untuk kebanyakkan orang,’’ – ceo pfizer

Menurutnya lagi, dua suntikan awal berserta dos penggalak didapati tidak dapat melindungi masyarakat daripada semua varian COVID-19 kerana kekuatannya akan berkurangan. Beliau juga akui dos keempat vaksin tidak dapat dielakkan.

“Pada masa ini, perlindungan yang anda peroleh daripada suntikan dos ketiga sudah cukup baik untuk mengelakkan kemasukan ke hospital dan sakit teruk. Namun, ia tidak begitu baik untuk melawan jangkitan serta tidak dapat bertahan lama,’’ katanya.

Sementara itu, Pfizer dan syarikat-syarikat farmaseutikal lain kini sedang menghasilkan dos vaksin yang akan melindungi manusia daripada sebarang varian pada masa hadapan.

“Kami sedang berusaha dengan gigih untuk menghasilkan bukan sahaja vaksin yang dapat melindungi manusia daripada semua varian termasuk Omicron, bahkan dapat memberikan perlindungan sekurang-kurangnya setahun,’’ jelas Bourla.

Sumber: [1]

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi