← Back to list

Saintis China Dakwa Sudah Temui Penawar Omicron

Feb 04, 2022

Sekumpulan saintis China mendakwa mereka sudahpun menemui penawar kepada varian Omicron.

saintis china dakwa sudah temui penawar omicron

Kumpulan itu mendakwa mereka telah membangunkan sejenis antibodi baharu yang dibuat menerusi proses sintesis antara dua komponen sel antibodi asal daripada sel imunisasi manusia.

Menurut mereka, antibodi itu juga berupaya meneutralkan virus Omicron dan penemuan ini disifatkan mereka sebagai ‘anugerah Tuhan’.

Diketuai oleh Prof Huang Jinghe dari Universiti Fudan, Shanghai, pasukan itu dilihat berjaya membangunkan lapan antibodi yang disintesis dalam tempoh yang agak singkat.

“Ini adalah satu kejayaan yang mengejutkan kerana penghasilan antibodi tersebut pada mulanya tidak bertujuan untuk merawat virus Covid-19 dan dibangunkan untuk penyakit berjangkit yang lain.

“Penemuan ni bakal memberikan kelebihan kepada manusia bagi mengatasai pandemik yang sedang berleluasa di seluruh dunia,” jelas Huang.

Selain Omicron, ia juga mampu meneutralkan varian Delta serta menangani Sindrom Pernafasan Akut Teruk bagi menghadkan keupayaan virus untuk merebak.

Penemuan itu telah diterbitkan dalam kertas akademik bertajuk ‘Combating the Sars-CoV-2 Omicron variant with non-Omicron neutralizing antibodies’.

Sumber: [1]

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi