← Back to list

PICKids Bermula! Ayuh Atau Tunggu?

Feb 03, 2022

pickids bermula! ayuh atau tunggu?

Akhirnya sampailah giliran anak-anak pula. Ya hari ni bermulanya program vaksinasi untuk kanak-kanak (PICKids). Macam mana? Ada yang dah daftarkan anak-anak ataupun wait & see macam sebelum ni? Tadi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi tau dah 15 peratus tampil daftar. Kiranya not badlah berdasarkan perkembangan semasa. Lagi pun ni baru hari pertama. Nanti mungkin bila dah yakin, dah dapat lebih banyak maklumat, ilmu dan input…tambah pulak lepas tengok makin ramai daftar mungkin akan datang sendiri sukarelanya tu.

pickids bermula! ayuh atau tunggu?

Khairy pun dah tegaskan sekali lagi yang PICKids ni tak bersifat paksaan. Jadi mak abah dan penjaga bolehlah fikir masak-masak pilihan yang dirasakan paling baik demi anak-anak. Anak-anak yang dah agak matang tu pun tak salah diajak join sekali untuk bincang tentang pilihan ibu ayah dan harapan sendiri. Ha satu lagi, kot ada yang terlepas. Dos untuk kanak-kanak ni dos khas ya. Dosnya 1 pertiga daripada dos dewasa. Ni mungkin boleh jadi salah satu kriteria untuk dipertimbangkan. Untuk yang dah daftar dah tengah tunggu turn tu acik doakan lancar sampai selesai dos lengkapnya. Usaha dan tawakal. Bismillah.

Oleh: KJ (bukan Khairy Jamaluddin 😊) 

Sumber & foto: AWANI, Sinar Harian, BERNAMA, KKM, JKJAV, Harian Metro, Berita Harian & internet

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi