← Back to list

Mengejutkan, Perancis Catat Lonjakan Kes Hingga Lebih 100,000 Sehari

Dec 28, 2021

Buat pertama kalinya, Perancis mencatatkan rekod kes baharu COVID-19 melebihi 100,000 sejak pandemik bermula pada Sabtu lalu.

 mengejutkan, perancis catat lonjakan kes hingga lebih 100,000 sehari

Menurut data jabatan kesihatan awam negara tersebut, sebanyak 104,611 kes baharu telah didaftarkan pada hari hujung minggu terbabit sekaligus mengatasi jumlah kes terbanyak yang pernah direkodkan sebelum itu iaitu sebanyak 84,272 pada 22 Disember.

Sehubungan dengan itu, beberapa langkah-langkah keselamatan baharu berkemungkinan diperkenalkan sebelum perayaan Tahun Baru.

Isnin lalu, Presiden Emmanuel Macron mempengerusikan mesyuarat majlis kesihatan dan membentangkan rang undang-undang pas vaksin kepada Majlis Menteri.

Kerajaan negara itu berhasrat untuk menerima pakai rang undang-undang tersebut bermula Januari yang mana golongan dewasa diwajibkan suntikan dos penggalak.

Rang undang-undang sama juga akan mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap lima juta orang yang enggan divaksinasi.

Sumber: [1]

All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my

Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami

Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi